20 Amalan Murah Rezeki
Amalan-amalan ini
menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki
dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep
rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap
hamba-Nya untuk
memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi
punca kebaikan dunia dan
akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri
beribadah
Allah tidak sia-siakan
pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis
qudsi: “Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka
Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak
istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa
seorang hamba di depan
Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan
pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-
Nasa’i, Ibnu Majah dan
al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan
dosa
Istighfar tidak laku di
sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati
resah malah menutup
pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan
diharamkan baginya
rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang
hanya Allah beri kepada
orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman
dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan
mendoakan ibu bapa.
Dalam hadis riwayat Imam
Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin
panjang umur dan
ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan
menyambung tali
kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti
kepada ibu bapanya maka
kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan
umurnya.” (Riwayat Abu
Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan
ibu bapa juga menjadi
sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki
(Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan
menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada
orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan
meraikan orang tua,
orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anakanak
yang masih kecil. Sabda
Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan
diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat
Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang
lain
Menunaikan hajat orang
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk
tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat
saudaranya maka Allah
akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang
menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai
kerana selawat itu dapat
menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta
meluaskan rezeki dan
menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan
banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki,
kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh
menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh,
sempit rezeki dan
makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi Menurut
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan
aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan
yang berkat.
11. Menjalin
silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan
rezekinya dan
dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanaksaudaranya.”
(Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal
berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan
meminta pedoman mengenai
beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
oleh Allah. Baginda
s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari
hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang
rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi
s.a.w. bersabda kepada
Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci
rezeki hamba itu
ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya
Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam
(tahajud)
Ada keterangan bahawa
amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang
itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya
dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang
dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian), juga
mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat
pada waktu permulaan
siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang
harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada
Allah.
Syukur ertinya mengakui
segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah
kufur nikmat. Allah
berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya
Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku
amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami
akan memberi balasan
kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir
dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat
al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan
dan melunakkan hati, ia
mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu,
terbukanya pintu
hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan
dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat
terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara
konsisten tujuh kali
setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah
lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah,
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi
sebab dibukakan pintu
rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya
Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-
Mu, bukalah pintu rahmat
dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan
baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kepapaan.
Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan
seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan
mengharap pada rahmat
dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita
meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan
dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan
dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-
Nya, tapi agama hanya
Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat
Ahmad, Ibnu Abi Syaibah
dan al-Hakim)
Bagi orang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa
kepada murah rezeki
dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya
Quran, hendak dapat anak
yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak
sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri
berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan
sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal,
seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-
Nya: “Barang siapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya).”
(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenarbenar
tawakal, nescaya kamu
diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari
lapar dan petang hari
telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di
atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan
beri “jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkan), dan
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang
Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya
adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini
menjadi sebab jatuhnya
kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa
kaya dengan pemberian-Nya.
Semoga
Artikel Ini Menjadi Motivasi Bagi Para
Pembaca Untuk Senantiasa Bersedekah, Amin